Tutup

#KomunitiAWANI: Keunikan tradisi Kadazan sempena Pesta Kaamatan

#KomunitiAWANI 31 Mei 2019 menampilkan pelakon, Farah Nabilah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik sempena Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai, perayaan utama kaum Kadazan Dusun Murut di Sabah. Berita komuniti bermula mengenai pakaian tradisional kadazan yang unik di Penampang. Kemudian, kita juga akan saksikan amalan mulia yang menjadi tradisi Universiti Malaysia Pahang sejak 2013 iaitu makan dalam talam. Kita juga akan ke Bazar Ramadan Taman Kerang untuk melihat hasil kempen MYsavefood@Ramadan 2019 dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran makanan. Kita juga akan lihat sebuah pertandingan ?Ayam Sorak? anjuran komuniti Felda Tenang yang menyaksikan ayam hibrid berkokok.