Tutup

#KomunitiAWANI: Kolaj gambar bersama Jalur Gemilang terbesar pecah rekod negara

#KomunitiAWANI 7 September 2019 menampilkan pelakon, Ruhainies sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita mengenai Puteri yang terus bersemangat untuk teruskan hidup walaupun menghidap penyakit kanser payu dara. Kemudian, kita akan saksikan pula 123 sukarelawan bergabung tenaga untuk hasilkan kolaj gambar bersama Jalur Gemilang yang berjaya catatkan nama dalam Malaysia Book of Record (MBOR). Selepas itu, kita juga akan saksikan kelas Cek Nik mengajar Orang Asli menjahit selempang Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri Perak. Kita juga akan lihat usaha untuk mempromosikan produk menarik daerah itu yang dilakukan oleh Kelab Belantara 4x4.