#KomunitiAWANI: Kuih tradisi pelengkap majlis rumah terbuka Aidilfitri

#KomunitiAWANI 20 Jun 2019 menampilkan selebriti, Marsha Milan Londoh sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda dimulakan dengan sambutan hari raya yang juga merupakan majlis suai kenal antara ibu bapa dan pelajar tingkatan satu MRSM Alor Gajah. Kemudian, kita juga akan saksikan suasana meriah rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah para pemimpin pelbagai peringkat. Selepas itu, kita juga akan saksikan bagaimana kuih hidangan rumah terbuka dibuat di Sarawak iaitu Kelupis. Manakala di Sabah, kita lihat pula Kuih Lamban yang sinonim dengan masyarakat Bajau yang menjadi pelengkap majlis perayaan mereka.