Tutup

#KomunitiAWANI: Langkah berani pemuda dalam mengejar cita-citanya

#KomunitiAWANI 10 Ogos 2019 menampilkan selebriti, Amar Baharin sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita-cerita menarik seperti seorang pemuda yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mengejar minatnya untuk menjadi usahawan ladang kambing dan biri-biri. Kemudian, kita akan saksikan bantuan yang anda boleh hulurkan melalui Aman Palestin bagi mengukir senyuman saudara Islam yang dalam kesusahan. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KANWORK) bagi membantu pesakit kanser. Kita juga akan ikuti laporan Skuad AWANI Jr. yang berkunjung di Darulaman Park baru-baru ini.