Tutup

#KomunitiAWANI: Manfaatkan bahan buangan untuk bina taman permainan sendiri

#KomunitiAWANI 25 Ogos 2019 menampilkan selebriti, Mark Adam dan penyanyi, Ismail Izzani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita menarik seorang guru cina dari Pengkalan Chepa yang mendalami tulisan Jawi dan seni Khat kerana minat. Kemudian, kita saksikan kecekalan Ismail Hasin yang mengusahakan perniagaan barangan runcit walaupun berstatus OKU. Selepas itu, kita saksikan cerita menarik mengenai inisiatif Charity Taxi yang dilakukan oleh Shabuddin Mat bagi bantu golongan yang memerlukan ke klinik secara percuma. Kita akan lihat juga usaha seorang tukang rumah, Uncle Tan Sheng Swee yang manfaatkan bahan buangan untuk membina sebuah taman permainan.