Tutup

#KomunitiAWANI: Muafakat bersihkan pantai, kurangkan pencemaran plastik

#KomunitiAWANI 13 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ernie Zakri sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita mengenai seorang peniaga beras yang pemurah menjual beras dengan harga yang lebih murah buat mereka yang memerlukan di Jitra. Selepas itu, kita akan saksikan kerja yang masih dilakukan oleh Ahmad Din atau Mat Kubur iaitu kerja menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad walaupun sudah lanjut usia. Kemudian, kita ikuti inisiatif yang dianjurkan oleh Nestl Malaysia iaitu aktiviti kesukarelawan mengutip sampah di pantai bagi mengurangkan pencemaran sisa plastik. Kita juga akan lihat kegembiraan lebih 900 murid Little Caliphs yang menyertai Program Little Hajj Zon Utara untuk mendedahkan anak-anak itu cara praktikal menunaikan haji.