Tutup

#KomunitiAWANI: Muafakat indahkan tanah terbiar rancakkan aktiviti bercucuk tanam

#KomunitiAWANI 10 September 2019 menampilkan pelakon, Ruhainies sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Saksikan pelbagai cerita menarik komuniti anda seperti muafakat penduduk Taman Seri Indah, Kepala Batas mencantikkan kawasan semak-samun taman mereka. Kemudian, kita akan saksikan Kempen Kesedaran ?Satu Kenderaan, Sifar Sampah? yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Selepas itu, kita saksikan pula inisiatif untuk hidupkan semula seni pantun dan bahasa kepada generasi baharu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Karyawan Terengganu dalam Bengkel Pengkarya Muda peringkat negeri. Kita juga akan saksikan inisiatif untuk edarkan topeng pernafasan kepada pelajar sekolah di Pasir Gudang sekiranya insiden lalu berulang.