Tutup

#KomunitiAWANI: Pameran BEDA, cari persamaan dalam perbezaan melalui karya seni

#KomunitiAWANI 22 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Ismail Izzani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan usaha seorang tukang rumah, Uncle Tan Sheng Swee yang manfaatkan bahan buangan untuk membina sebuah taman permainan. Kemudian, kita akan lihat pula usaha Mohd Wardi Wasli yang ceburi dalam perniagaan Tapai Nasi di Putatan sebagai mata pencarian. Selepas itu, kita saksikan inisiatif untuk mencari persamaan dalam perbezaan antara Malaysia dan Indonesia melalui seni lukisan dalam Pameran BEDA yang diusahakan oleh Segaris Arts Centre bersama bekas pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM. Kita juga akan saksikan inisiatif Skuad Denggi SMK Mengkuang, Bukit Mertajam bagi memupuk kesedaran dan mengajak penduduk setempat untuk perangi pembiakan Aedes.