Tutup

#KomunitiAWANI: Pengalaman sendiri di Syria dalam Misi Qurban 6.0

#KomunitiAWANI 4 September 2019 menampilkan penyanyi, Aizat Amdan sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Cerita komuniti anda bermula dengan kisah Azhar Ali, 39 tahun, yang hiasi rumahnya dengan ribuan bendera demi menzahirkan rasa cinta kepada negara. Selepas itu, kita akan lihat usaha untuk menguar-uarkan maklumat mengenai hak di bawah undang-undang Syariah. Kemudian, kita akan saksikan Misi Qurban 6.0 berdasarkan pengalaman Aizat Amdan sendiri bersama Cinta Syria Malaysia. Kita juga akan lihat hasil kreatif Hasni Othman menghasilkan produk kraftangan menggunakan surat khabar lama, penyedut minuman dan perca kain.