Tutup

#KomunitiAWANI: Pengorbanan pejuang tanah air terdahulu yang tidak dapat dilupakan

#KomunitiAWANI 31 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Siti Sarah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti merdeka anda bermula dengan pengalaman seorang saksi kekejaman komunis, Tik Sulong, 89 tahun. Kemudian, kita saksikan pula pengalaman dan perjuangan angkatan tentera kita dahulu yang turut menjadi saksi kepada kematian rakan-rakan seperjuangan. Selepas itu, kita akan lihat lagi pengorbanan angkatan tentera kita dalam membersihkan sisa perang dan jerangkap samar yang ditinggalkan musuh dahulu dalam Ops Gubir Dua.