Tutup

#KomunitiAWANI: Persatuan komuniti bantu mangsa kemalangan dalam Ops Raya

#KomunitiAWANI 7 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Wany Hasrita sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti sempena Hari Raya Aidilfitri. Berita komuniti raya anda bermula dengan kisah sedih seorang kanak ? kanak yatim piatu menyambut Aidilfitri tanpa ibu bapanya. Kita juga akan melihat kebolehan pelajar tahfiz yang bukan sahaja hebat dalam ilmu agama Islam tetapi juga mempunyai kemahiran dalam membuat pelbagai jenis kuih dan roti. Kemudian, kita akan saksikan keistimewaan dan sambutan songkok style Tun yang popular di Alor Star. Jangan terlepas juga untuk saksikan sebuah badan sukarela Persatuan Tindakan Cemas Georgetown atau CERT Georgetown yang tawar bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan.