#KomunitiAWANI: Pok Mat 'koboi' kerbau, magis 'Masala Wheels' dan tarikan 'Petai Lane'

#KomunitiAWANI 11 April 2019 menampilkan selebriti, Sharifah Amani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Bermula dengan kisah seorang penternak lembu, Pok Mat yang mempunyai keupayaan untuk menternak sebanyak 70 ekor lembu meskipun usia sudah mencecah 63 tahun. Seterusnya, perniagaan konsep 'food truck', Masala Wheels yang beri peluang pekerjaan kepada remaja berisiko. Ikuti juga kisah pusat asuhan yang menggunakan konsep subsidi silang bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan membayar yuran. Selain itu, ketahui bagaimana golongan kurang upaya ini memulakan bisnes kafe ala barat mereka sendiri. Bagi anda peminat petai, jangan pula terlepas dengan kisah lokasi penjualan petai yang mendapat gelaran 'Petai Lane' di Pekan Bidor.