Tutup

#KomunitiAWANI: Program Ziarah Kasih terus hulurkan bantuan di Tawau

#KomunitiAWANI 26 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Andi Bernadee sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan dobi tradisional yang masih jadi pilihan ramai di Jalan Silibin, Ipoh. Kemudian, kita saksikan pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah oleh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, Hulu Terangganu dengan kerjasama Ngukah Walk Fit. Selepas itu, kita akan saksikan pasar karat di Alor Setar yang jadi tumpuan penggemar barangan terpakai dan antik. Kita juga akan lihat pertubuhan yang aktif di Sabah iaitu Yayasan Nur Jauhar yang telah bantu banyak golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri Balung, Tawau melalui Program Ziarah Kasih.