#KomunitiAWANI: Pulau Kucing jadi santuari haiwan terbiar

#KomunitiAWANI 28 April 2019 menampilkan selebriti, Farah Fauzana (Fafau) sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti kali ini dimulakan dengan muafakat penduduk Kampung Jenalik Hilir, Sauk, Perak sama ? sama berkongsi menternak kerbau untuk membantu ekonomi mereka. Kemudian kita ke Pulau Kucing, yang semestinya dinamakan kerana majoriti penghuninya adalah kucing yang terletak di Pekan, Pahang. Dan di Langkawi, ada seorang remaja ini yang fasih berbahasa Arab yang memudahkan berkomunikasi bersama pelancong dari Arab yang semakin ramai ke pulau itu. Jangan terlepas untuk ikuti kisah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, JEIWA yang membantu meningkatkan taraf hidup pelajar anak-anak yatim di Johor.