#KomunitiAWANI: Raw Denim House hasil jeans bertaraf antarabangsa

#KomunitiAWANI 15 Jun 2019 menampilkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita tentang seorang pemuda dari Besut yang kini sudah tempa nama di peringkat antarabangsa dengan inisiatif penghasilan jeans sendiri melalui Raw Denim House. Kemudian, kita akan saksikan usaha pembasmian nyamuk aedes yang dipupuk di bangku sekolah oleh SMK Bandar Tasik Puteri Rawang yang tubuh 'Dengue Patrol Semetri'. Selepas itu, kita saksikan juga pengorbanan dan kesungguhan seorang guru matapelajaran kimia SMK La Salle dalam mendidik anak muridnya bagi mencapai hasratnya untuk mereka berjaya. Kita juga saksikan inisiatif murni seorang kontraktor yang buka pusat pengumpulan baju terpakai yang bukan sahaja buat orang miskin dan asnaf tetapi sesiapa sahaja boleh mengambilnya.