#KomunitiAWANI: Rentak 'Barber Beats' dalam kerja amal

#KomunitiAWANI 13 Mei 2019 menampilkan pelakon, Noorkhiriah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Mari kita saksikan inisiatif Sekolah Kebangsaan Parit Patah, Pontian yang mendedahkan murid ? muridnya dengan ilmu fardu kifayah kursus pengurusan jenazah. Kemudian, kita akan dengar tentang sekumpulan pemuda penggunting rambut 'Barber Beats' yang dekati komuniti dengan menyediakan khidmat gunting rambut percuma serta menganjurkan program amal bersama anak yatim dan golongan asnaf. Jangan terlepas untuk dengari kisah inspirasi seorang istimewa OKU yang cekal untuk memikul tanggungjawab menyara keluarganya menerusi perniagaannya menjual air dan buah potong. Kita juga akan saksikan seni tarian tradisional masyarakat Bidayuh di Sarawak iaitu Tarian Wek Jongan.