Tutup

#KomunitiAWANI: Rumah Ilmu Kadun, lahirkan masyarakat celik digital

#KomunitiAWANI 28 September 2019 menampilkan penyanyi, Liza Hanim sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan perkongsian Ustaz Gondorong tentang apa yang mendorongnya untuk jadi seorang tukang kulit. Selepas itu, kita akan saksikan Pak Jalil, 82 tahun yang masih kuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai penulis surat berlesen. Kemudian, kita akan saksikan usaha yang dilakukan oleh Rumah Ilmu Kadun bagi membantu melahirkan masyarakat yang celik IT. Kita juga akan saksikan inisiatif memperkenalkan busana asli Melayu kepada para pelancong di Kompleks Kereta Kabel, Langkawi.