Tutup

#KomunitiAWANI: Sebab banyak sangat, sanggup sedekah kepada orang ramai

#KomunitiAWANI 22 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Pelbagai cerita menarik yang akan dikongsikan antaranya cerita tentang sekumpulan lima murid SK Raja Bahar bersama gurunya menzahirkan idea untuk projek ?Design for Change? yang melayakkan mereka ke separuh akhir Program Inovasi dan Kreativiti. Kemudian, kita lihat inisiatif murni seorang pemilik dusun durian yang sanggup mensedekahkan durian kepada orang ramai secara percuma sebab banyak sangat buah durian. Selepas itu, kita akan lihat cerita buat pembela si comel kucing yang mengetengahkan kepentingan kembirikan haiwan peliharaan anda bagi menjaga pembiakan mereka. Kita juga akan lihat kolam komuniti milik Ibrahim Ahmad yang jadi tumpuan pemancing setempat untuk lakukan aktiviti ini dengan selesa bersama keluarga.