Tutup

#KomunitiAWANI: Semangat dan kelincahan pemain bola sepak kudung

#KomunitiAWANI 4 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Nabila Razali sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod Komuniti AWANI bermula dengan aksi lincah Johor Amputee Football Team memaparkan semangat pemain-pemain bola sepak kudung. Kemudian, kita saksikan seorang pemuda ambil peluang dalam bidang ternakan puyuh telur sampaikan dapat hasil lumayan. Selepas itu, kita saksikan inisiatif bagi menangani gejala dadah dalam kalangan anak kampung melalui Spiritual Enhanced Drug Addiction Rehabilitation (SEDAR). Kita juga akan lihat kemudahan yang terbaharu bagi kegunaan keluarga pesakit ?The Caring Home? di wad hematologi Tunku Laksamana Johor, Hospital Sultanah Aminah.