#KomunitiAWANI: 'SimplySiti di Hati' ringankan beban pesakit jantung kanak - kanak

#KomunitiAWANI 19 Mei 2019 menampilkan penyanyi no. 1 negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan lihat inisiatif tentang pasar percuma yang dianjurkan 10 NGO untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Kemudian, kita akan saksikan program tanggungjawab korporat social (CSR) yang dianjurkan oleh SimplySiti iaitu Kempen SimplySiti di Hati bagi mengutip dana membantu menanggung kos rawatan pesakit jantung kanak - kanak dengan kerjasama IJN. Kita juga akan ikuti operasi keselamatan makanan di bazar Ramadan yang dilancarkan di Perak dan pemantauan yang dilakukan untuk memastikan peniaga patuhi syarat - syarat yang ditetapkan selain aspek kebersihan. Dan jangan terlepas untuk saksikan inisiatif sepasang suami isteri untuk membuka pusat perlindungan S.I Shelter buat 400 ekor kucing yang terbiar.