Tutup

#KomunitiAWANI: Sinar baharu buat penduduk setelah lama 'merajuk'

#KomunitiAWANI 13 September 2019 menampilkan selebriti, Zara Zya sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini membawakan cerita mengenai Program Jom Cekoh Durian bagi berkongsi hasil durian yang banyak setelah sekian lamanya tidak banyak berbuah. Kemudian, kita akan saksikan sekumpulan guru dan pihak pentadbiran tabika Jabatan Kemajuan masyarakat Pulau Pinang yang menghasilkan Pes Laksa Mutiara. Selepas itu, kita akan saksikan pula dengan kemajuan teknologi, kayu-kayu terbuang mampu menjadi sesuatu yang berharga. Kita juga akan saksikan pelaksanaan kempen membawa bekas makanan dan botol air di UTM bagi usaha menyelamatkan bumi.