Tutup

#KomunitiAWANI: SMK Tunku Abdul Aziz perkenalkan mesin pengimbas wajah

#KomunitiAWANI 27 September 2019 menampilkan penyanyi, Liza Hanim sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan inovasi menghasilkan pengganti bekas makanan plastik menggunakan upih pinang. Kemudian, kita juga akan lihat keistimewaan buah duku Terengganu yang jadi buruan orang ramai. Selepas itu, kita juga akan lihat inisiatif penubuhan Persatuan Kebajikan Orang Asli Batang Padang bagi membantu perkasakan produk serta ekonomi Orang Asli. Kita juga akan saksikan sekali lagi langkah yang diambil oleh SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat yang gunakan mesin pengimbas wajah bagi tujuan merekodkan kedatangan pelajar.