#KomunitiAWANI: SOLS 24/7 beri peluang kedua remaja luar bandar untuk berjaya

#KomunitiAWANI 11 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Hafiz Suip sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan lihat inisiatif sebuah pertubuhan bukan badan kerajaan 'Science of Life Studies 24/7' atau 'SOLS 24/7' yang memberi pendidikan percuma kepada remaja-remaja luar bandar dan masyarakat orang asli. Kemudian, kita akan saksikan Kelab Media Kelantan Darul Naim yang bantu seorang ibu bersama enam anaknya yang hidup dalam kemiskinan. Jangan terlepas dengan kisah menarik tentang seorang individu, Dr Rosdi yang sudah mendapat gelaran Dr, dari kecil. Kita juga akan lihat peranan ibu bapa ini yang menggalakkan anaknya membaca dari kecil sehingga berjaya dinobatkan sebagai salah seorang penulis muda ketika berusia 8 tahun.