#KomunitiAWANI: Tak sangka itik telur jana pendapatan lumayan

#KomunitiAWANI 26 Mei 2019 menampilkan pelakon, Fatimah Abu Bakar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Cerita komuniti anda dimulakan dengan kisah Suriyana Abdul yang menternak itik telur yang tidak disangka mampu menjana pendapatan lumayan. Kita juga akan lihat resepi turun temurun pembuatan air halia yang dimasak dalam periuk berusia 200 tahun. Jangan terlepas juga dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Tesco Malaysia dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kemudian, kita akan tinjau inisiatif SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, dalam mendidik para pelajarnya dalam penghapusan denggi melalui Program Patrol Denggi.