#KomunitiAWANI: Tanaman kontan meraih populariti, jana pendapatan para pesawah

#KomunitiAWANI 17 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Syamel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita mengenai Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur yang memberi pendekatan pendidikan berbeza kepada pelajar tercicir. Selepas itu, kita akan saksikan kehebatan 'smart bus stop' di Pulau Pinang yang bukan sahaja beri keselesaan kepada pengguna malah juga memberikan lebih keselamatan. Kemudian, kita akan lihat perusahaan sejenis tanaman kontan iaitu tembikai yang semakin popular di Setiu. FAMA juga menggalakkan para pesawah untuk terlibat dalam tanaman kontan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan insentif.