#KomunitiAWANI: Terus berjuang untuk hidup walaupun di kem perlindungan

#KomunitiAWANI 16 Julai 2019 menampilkan selebriti, Zizan Razak sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod Komuniti AWANI kali ini membawakan kisah seorang guru yang bukan sahaja jadi pendidik anak bangsa malah juga bantu golongan asnaf melalui ?Kelab Bukan Kerana Nama?. Selepas itu, kita akan ke Gunung Keriang yang juga jadi destinasi pelancongan dan terkenal dengan produk batu kristalnya. Kemudian, kita akan lihat satu lagi produk tradisional di Kuala Kangsar iaitu Labu Sayong. Kita juga akan saksikan cerita-cerita perjuangan masyarakat pelarian yang dikongsikan oleh Doctors Without Borders atau Medicins Sans Frontieres (MSF).