Tutup

#KomunitiAWANI: Usaha memupuk sifat kebersihan dalam jiwa masyarakat

#KomunitiAWANI 25 September 2019 menampilkan pelakon, Hisyam Hamid sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod berita komuniti anda kali ini membawakan cerita mengenai semangat seorang ibu tunggal mencari rezeki di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. Kemudian, kita akan ceritakan mengenai inisiatif memberi kesedaran mengenai mencegah kebakaran kepada golongan muda oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Selepas itu, kita akan lihat inisiatif sukarela oleh Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan yang ingin pupuk sikap menjaga kebersihan pantai. Kita juga akan lihat perkongsian seorang usahawan kerepek ?Niza Chips? yang berjaya tempa nama di Miri, Sarawak.