Tutup

#KomunitiAWANI: Usahawan durian tanpa kulit bagi kepuasan pelanggan

#KomunitiAWANI 14 Julai 2019 menampilkan selebriti, Zizan Razak sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan cerita tentang seorang usahawan yang guna pendekatan jualan durian dengan hanya menjual isi durian tanpa kulit bagi menarik minat pembeli. Kemudian, kita akan lihat seorang atlit taekwondo yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di Kyrgyztan. Selepas itu, kita akan lihat persidangan yang menghimpunkan penyelidik dan pelajar luar dan dalam negara bagi kemajuan teknologi kejuruteraan. Kita juga akan saksikan inisiatif bagi menyemarakkan ekonomi para nelayan yang bergantung kepada sumber hidupan sungai dengan melepaskan benih udang galah.