#KomunitiAWANI: Usia Lanjut Bukan Alasan Berpeluk Tubuh

#KomunitiAWANI 16 April 2019 menampilkan selebriti, Misha Omar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Bermula dengan kisah tiga gadis kutip sampah di persekitaran Pulau Langkawi secara sukarela. Seterusnya, ikuti kisah pembuatan sabun yang diperbuat daripada beras. Kemudian, dengarkan cerita seorang juruterapi psiko secara sukarela di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Jangan terlepas dengan kisah Azizah Ibrahim, yang masih bekerja keras mencari rezeki.