#KomunitiAWANI: World Quran Hour dapat sambutan jutaan umat Islam seluruh dunia

#KomunitiAWANI 8 Jun 2019 menampilkan selebriti, Sharifah Sakinah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini dimulakan dengan kisah resepi karipap bonda yang menjadi sumber rezeki seorang usahawan. Kemudian, kita juga akan anjuran World Quran Hour hasil insiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang mendapat sambutan memberangsangkan. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif Yayasan Petronas melalui program Sentuhan Kasih membantu golongan kurang bernasib baik dalam menyambut Aidilfitri.