Konkrit runtuh: Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan

Seorang lagi buruh binaan yang terperangkap dalam runtuhan konkrit berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, berjaya ditemui dan dikeluarkan. Bagaimanapun, tangan kirinya terpaksa dipotong akibat dihempap struktur besar konkrit yang runtuh.