Video  |  Malaysia

Koperal didakwa kerana berbogel di hadapan jiran

Gara-gara melakukan aksi terlampau dengan berbogel di hadapan jirannya, seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. Tertuduh, P. Maniam, 49 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya, dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.