Tutup

"Kopi dadah" taktik licik si pengedar

Sekali imbas, ia kelihatan seperti paket-paket minuman tiga dalam satu beberapa jenama terkenal tempatan. Namun, setelah dibuka, ia dikesan mengandungi pelbagai jenis dadah, seperti ketamin, serbuk dan pil ecstacy, pil erimin five dan heroin. Itu modus operandi terbaharu dikesan polis yang digunakan pengedar untuk menggunakan dadah bagi mengelak kegiatannya dihidu pihak berkuasa.