Tutup

Korban insiden SUV jatuh ke laut disemadikan di Bukit Mertajam

Abu mayat Moey Yun Peng yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi Ahad lalu, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Berapit, Bukit Mertajam. Mayat mendiang Moey dibawa tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 11.30 pagi dan disusuli upacara keagamaan sebelum mayat dimasukkan ke dalam tempat pembakaran kira-kira 15 minit kemudian.