Tutup

KP kesihatan - Kes denggi catat trend peningkatan

Lapan negeri dikesan merekodkan peningkatan kes demam denggi dari 20 hingga 26 November lepas iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sarawak, Kedah dan Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu kes demam denggi terus meningkat kepada 56 kes dengan 1,257 kes dilaporkan berbanding 1,201 kes pada minggu sebelumnya.