KPDNHEP periksa kedai Cendol Viral

Sebuah trak makanan atau food truck di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur, diarahkan menanggalkan pelekat ayat Al-Quran pada kenderaannya kerana mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Semakan mendapati, warga India yang berniaga cendol dan rojak itu turut menyalahgunakan pas dan permit.