KPDNHEP pertahan 70 peratus harga barang turun

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa kira-kira 70 peratus barangan mengalami penurunan sejak perlaksanaan kadar sifar ke atas Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun lalu. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu disahkan selepas mendapat maklum balas terus daripada peniaga dan pengguna ketika melakukan tinjauan di Pasar Bayan Baru pada Sabtu.