KPDNHEP sasar program "Food Bank" Malaysia ke seluruh negara tahun depan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan program bank makanan atau food bank Malaysia dapat diperluaskan ke seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bermula Ogos lalu, projek perintis program itu telah dilaksana di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.