KPKT akan kaji semula polisi harga rumah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula polisi harga rumah di Sabah dan Sarawak agar ia dapat diseragamkan dengan harga rumah di semenanjung. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, penyeragaman harga perlu dilakukan bagi memastikan rakyat, terutama dalam kalangan B-40 mampu memiliki rumah sendiri.