Tutup

KPKT akan tambah baik aset JBPM dalam operasi banjir

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menambah baik aset - aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan bagi operasi menyelamat mangsa banjir Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ketika ini kesemua aset milik jabatan itu sudah mencukupi namun ia perlu di beri penambahbaikan bagi mempercepatkan lagi kerja - kerja menyelamat mangsa banjir pada situasi kritikal.