KPKT berhasrat luaskan Program Sahabat Bomba ke seluruh negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperluaskan Program Sahabat Bomba ke seluruh negara dalam memberi pengetahuan ilmu kebombaan kepada komuniti setempat. Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata inisiatif itu diilhamkan bagi mendidik komuniti untuk memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi bencana atau kemalangan.