KPKT buka tender pembelian baju kalis api Rabu ini

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi pembelian baju kalis api untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 23 Januari ini. Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata ia satu keperluan memandangkan banyak baju kalis api tidak menepati standard yang dibenarkan untuk kegunaan ketika operasi.