KPKT nilai semula projek perumahan rakyat kerajaan terdahulu

Pemaju Projek Perumahan Rakyat di bawah kerajaan terdahulu tidak perlu risau berikutan penangguhan sementara projek oleh kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan kini sedang membuat penilainan semula semua projek terlibat bagi penilaian untuk diteruskan atau sebaliknya.