KPKT sedia bekerjasama rancakkan program pertanian bandar

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merancakkan program pertanian bandar khusus di kawasan taman perumahan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata program pertanian di kawasan lapang bagi membolehkan komuniti penduduk bercucuk tanam wajar dilaksanakan bagi memanfaatkan tanah terbiar.