Tutup

KPM sedia perhalusi tuntutan NUTP

Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia NUTP bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperhalusi cadangan itu secara terperinci.