Tutup

KPM terima permohonan maaf penganjur pertandingan tarian

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak pada Sabtu. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kepada Astro AWANI melalui kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.