Tutup

KPN: FBI tidak hubungi polis

Polis mengesahkan tidak dihubungi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan isu kapal layar mewah dipercayai milik ahli perniagaan yang ditahan di Bali, Indonesia pada 1 Mac lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak untuk mengesan kapal tersebut sebelum ini.