KPT laksana tiga program jamin masa depan negara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan tiga program bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi ilmu dan akhlak. Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata tiga program tersebut adalah Program Gap Year 2017, Program Purata Nilai Gred Berintegrasi, (ICGPA) dan Program 2U2I.