KPU Indonesia adakan undi semula di Kuala Lumpur

Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia umum akan menjadualkan semula pengundian di Kuala Lumpur selain melanjutkan pemilihan luar negara di Sydney, Australia. Penemuan kertas undi bertanda di Selangor, menimbulkan dakwaan penipuan undi dan kehadiran pengundi luar negara di sebuah stesen pengundian di Sydney, Australia yang besar turut mengakibatkan stesen berkenaan terpaksa ditutup sebelum semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab.