Tutup

Kredibiliti dan integriti media tradisional masih ditagih masyarakat

Masyarakat masih bergantung harap kepada media tradisional dalam isu kredibiliti dan integriti mengenai informasi dan fakta. Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shahrul Nazmi Sannusi peranan media tradisional ketika ini dilihat sebagai penapis kepada maklumat palsu yang beredar dalam platoform digital.